MY FAMILY


Buletin PSM

KHASIAT MADU LEBAH

     

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

TAHUKAH ANDA?

  1. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan
     bagi satu perkataan.
  2. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  3. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
  4. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  5. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  6. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang
    pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air
    untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
  7. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita
         merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
  8. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
  9. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
  10. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar
    ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
  11. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam
    tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
  12. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana
     kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
  13. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

ARTIKEL

Asas Multimedia Dan Aplikasinya Dalam Bidang Pendidikan
Jamalludin Harun Dan Zaiton Tasir (2003)

Sistem Pendidikan pada masa sekarang sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan agar proses pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna.Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pengajaran berbantukan komputer telah diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai.

Mengapa perlunya penggunaan komputer dalam pendidikan?

http://jamr2.brinkster.net/pendidikan/AsasMM.pdf

Jom relaks.....

daun palas si daun betik,
disulam dengan si daun celagi,
perkara asas dalam matematik,
TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI.

Tetak tebu gilangkan dayung,
Hendak berdayung sungai Penaga,
Tuntutlah ilmu kembangkan payung,
Hendak berpayung didalam syurga.

Pulau Labuan tidak berbukit,
Ada bukit di Batu Arang,
Jasa dan budi tuan bukan sedikit,
Dari dulu hinggalah sekarang.

Kalau Guru

Kalau guru tunggu diarah
semua kerja kena dikerah

Kalau guru kurang mengajar
dapatlah murid kurang ajar

Kalau guru kurang merancang
dalam darjah banyak temberang

kalau guru suka berdamping
semua murid dapat dibimbing

petua seorang guru

kalau seorang guru mengajar sambil duduk
murid belajar sambil mengantuk

kalau seorang guru mengajar sambil berlakon
murid belajar dengan tekun

kalau seorang guru mengajar tanpa alat
murid belajar dengan ralat

kalau seorang guru banyak cakap
ada murid bertambah gagap

kalau seorang guru menjadi pemudah cara
ramai murid pandai berbicara

kalau seorang guru mengajar tanpa nilai
tidak tahu murid bodoh atau pandai

kalau seorang guru berbudi bahasa
akan dikenang sepanjang masa

Foto-foto Posing Hakim

Luqman Hakim sedang posing...




Keluarga Bahagia




















Inilah Keluarga Bahagiaku

Assalamualaikum

Selamat sejahtera semua?

Saya harap semua teman-teman seperjuangan berada di dalam suasana aman damai dan sihat sejahtera hendaknya. Saya sempat menyiapkan blog yang tidak seberapa ini. Ianya perlukan lebih banyak lagi penambahbaikan. Diharap teman-teman semua dapat memberi komentar yang berguna demi kebaikan blog saya ini.

Semoga berjumpa lagi.




Selamat Datang ke blog Tinta Emas

Ahlan Wa Sahlan! Selamat Datang! Ke.....

Tinta Emas
Related Posts with Thumbnails